:: Meera Cre@Tỉve™::


Blog For Free!


Archives
Home
2005 January
2004 October
2004 September
2004 August
2004 April
2004 March
2004 February

My Links
Universiti Teknologi Malaysia
Kolej Tuanku Canselor
FKM UTM
Friendster
virtualfriends
Myspace
Jiwang.org
Tokei Kedai
Sifoo
Utusan
Berita Harian
Metro
tbolg JUJU
blog-Ija
Tblog-MIJIE

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


The Truth


The Truth `Bout Me
Name: Amir Idris
Nick: Tupak
D.O.B : 23 OKT 1982
Age: 22
Location: Skudai

 My Pict
Contact
Pearlitz_i@yahoo.com
pearlitz_i@hotmail.com
icq 206861359
Meera Creative?




.: Create and Active :.


Telefon Nokia terdedah kepada pencerobohan
03.06.04 (5:54 pm)   [edit]
NOKIA (Nokia), pengeluar utama telefon selular dunia beberapa model telefon keluarannya yang memiliki teknologi aplikasi tanpa wayar Bluetooth mempunyai kelemahan yang dapat dieksploitasikan penceroboh sistem rangkaian komputer untuk bertindak sebagai pintu masuk bagi mencuri data tersimpan di dalam telefon terbabit.

Antara model yang mempunyai kelemahan keselamatan itu ialah 6310, 6310i, 8910 dan 8910i dengan tiga daripadanya model lama iaitu 6310, 8910 dan 8910i manakala model terbaru ialah 6310i.

Perkara ini didedahkan oleh jurnal web (Blog) dikendalikan Adam Laurie yang mendakwa penceroboh memanfaatkan teknik dikenali sebagai ‘Bluesnarfing’ untuk menceroboh masuk ke dalam telefon selular berkenaan dan memasuki buku telefon dan kalendar manakala satu lagi cara ialah menggunakan teknik pasangan yang membenarkan dua telefon beroperasi serentak.

Jurucakap Nokia, Keith Nowak berkata, ketika ini masih lagi tiada ubat untuk melawan penyakit berkenaan dan Nokia terpaksa menampal kelemahan yang ada dan orang ramai diingatkan agar mematikan telefon mereka sebaik saja memasuki persidangan bagi mengelakkan telefon berkenaan dimanipulasikan.
Jurucakap itu juga berkata, Nokia sudah menjalankan siasatan terhadap model lain dan tidak menjumpai kelemahan berkenaan.

“Ini membenarkan telefon itu dipasangkan kepada satu lagi telefon selular sebagai pintu masuk untuk mencuri data yang ada dalam buku panduan telefon, kalendar, e-mel dan foto,” katanya.
 
7 things to think
03.05.04 (10:58 am)   [edit]
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali
kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada
suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan
seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya
dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
Dia berkata,



"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain
kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang
menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa
sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji
itu dan ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang
harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku
menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku
lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya
pemuda itu.

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang
telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya.
Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat,
bagi membezakan mereka daripada golongan muslim
yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi,

"Golongan yang kedua, aku lihat wajah
mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke
dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku
menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka
telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu
halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut,

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang
meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu
hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama
sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka
sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."

Pemuda itu menyambung lagi,

"Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku
lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti
biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada
waktu malam, kulihat perutnya terlalu gelembung,
keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada
perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta
yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah
itu lagi.

"Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya
bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu,

"Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang
derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha
kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat
panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya
dan keluar segala isi dari tubuh badannya" sambung
pemuda itu.

"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar
memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka
suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur
sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak
bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk
dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah
tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,
sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala
malam ketika aku menggali semula kubur itu,
kulihat mayat tersebut terapung dan lahadnya
dipenuhi
air hitam yang amat busuk baunya,"

"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta
riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku
lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan
berseri-seri pula wajahnya. Mengapa
demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu
lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut,

"Wahai pemuda, mereka itulah golongan
manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula
dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah
golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di
sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun
sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita
datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali.
Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal
yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam.
 
hujan yang turun bagaikan mutiara
03.03.04 (11:40 pm)   [edit]

=http://img20.photobucket.com/...
huwwaaaa..... kena mandi hujan..... dah la kena tunggu orang...lambat lak tuh.....nasib baik aku nih jenis penyabar :lol:... nuthin' much i do today. bangun pagi. pi sidai baju.. susun folder dalam pc aku.. dah lama x susun folder...dah berceramuk dah...format partition.. pastu aku g fakulti bermandikan hujan....arrgggghhhhh
dah berapa hari dah x update menatang nih.. malas aku nak mengadap pc. xder mood. semalam g amik test, soalan payah tul. lagi 1jam nak amis, aku belah dah. x kuasa aku nak layan blur dalam tuh. dah la seharian sebelum tuh x tdoq. pagi sebelum amik test tuh dah blur. kalau aku tdoq mesti layan sampai terlajak.. alang alang baik jangan tdoq. bertahan la sampai kul 2.30. test habis kul 5.30. aku blah kul 4.30. balik g sembang lepas tensyen sat. pastu balik tdoq... kiranya satu hari gak la x makan... huwaaaa..... apa apa pun hari nih ada org nak blanja aku. temankan dia mandi hujan nyer pasal... nak makan apa haa? pizza ka kfc? korang bagi la idea kat aku k.....
 

moon phases
 



sms2everyone
-sms2everyone-



Free Guestbook from Bravenet Free Guestbook from Bravenet
New Page 3 New Page 1

Lecacy Of Naruto Narutosos Naruto100.net Naruto-kun.com Naruto Chaos.com Naruto Central.com Naruto Fan.com  NarutoEX.com Naruto World